Misi & Visi

MISI

• Menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan pelancongan, pembangunan mampan dan komuniti sejahtera.

Majlis Perbandaran Port Dickson


business templates

Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18 batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Dengan kenaikan tarafnya sebagai Majlis Perbandaran, Majlis mendokong bersama misi dan wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang penuh cabaran membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi Port Dickson sebagai destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan awam. Memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan yang dirangka ke arah memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai yang moden dan terkenal.

Memperkukuh struktur pembangunan bagi pusat bandar-bandar utama sejajar dengan aspirasi kerajaan memajukan pelancongan dan juga memenuhi citarasa penduduk tempatan. Memperbaiki dan mempertingkatkan sistem pengangkutan dan jalan-jalan sedia ada sealiran dengan rancangan pembangunan yang dicadangkan untuk seluruh kawasan kajian dengan penekanan kepada kemudahan sampai ke destinasi pelancongan. Merangka, merancang dan merealisasikan pembangunan sepanjang persisiran pantai dan kawasan sekitarnya tanpa menjejaskan keharmonian alam semulajadi sambil mengambil kira langkah-langkah pemuliharaan alam sekeliling bersesuaian dengan konsep mesra alam. Majlis akan sentiasa memberi keutamaan kepada kebersihan dan keindahan di kawasan perairannya.

Mengatur, menyelaras dan menyatupadukan aktiviti sediada serta memperkenalkan cadangan kreatif yang berpotensi untuk menambah keindahan dan tarikan di bandar Port Dickson dan di tempat tarikan pelancong. Mengintegrasikan perkampungan tradisional yang terletak di sekitar persisiran pantai dalam perancangan pembangunan koridor pelancongan Port Dickson.


AIAR © 2018 MPPD | JabatanTeknologi Maklumat