Knowledge Management System (KMS)

"Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan staf MPPD mendapatkan info – info dan mengetahui sistem – sistem yang ada di Jabatan – jabatan, Bahagian dan Unit dalam MPPD."

KELAB DAN PERSATUAN


CUEPACS

  • Enakmen Kesatuan Sekerja mula diperkenalkan pada tahun 1940 tetapi tiada kesatuan sekerja ditubuhkan sehingga dan selepas perang di mana para pekerja disusun di bawah Kesatuan Sekerja. Mereka disusun mengikut status jabatan atau ketukangan. Tidak lama selepas mereka menyedari bahawa ada banyak Kesatuan Sekerja yang berganda/bertindih dan mempunyai bidang dan fungsi yang sama yang tidak memudahkan untuk perjuangan bersama. Pada tahun 1948 beberapa orang pemimpin kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam telah mengambil langkah yang pertama bagi menubuhkan suatu badan kebangsaan iaitu Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan (Government Services Staff Council) yang mewakili 40 badan Kesatuan Sekerja Sektor Awam. Matlamat utama Majlis tersebut ditubuhkan ialah untuk menggalakkan kerjasama antara kesatuan, tanpa melibatkan diri dalam autonomi individu hal ehwal pentadbiran kesatuan-kesatuan berkenaan, dan demi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan bersamaanggota--anggota yang bergaji bulan daripada kesatuan-kesatuan yang menyertainya. Peraturan-peraturan Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan telah diluluskan di persidangan penaja pada 3 April 1949 dan berpejabat di No. 1362, Jalan Kandang Kerbau (sekarang Jalan Padang Belia), Brickfields, Kuala Lumpur.

    Majlis ini dianggotai oleh sebanyak 8 buah kesatuan dan apabila dibubarkan untuk memberi laluan kepada penubuhan CUEPACS sebanyak 48 kesatuan bergabung dengannya. Majlis ini telah memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal kebajikan anggota sector awam dan juga telah menyumbang kepada kejayaan Majlis Kebangsaan Whitley (National Whitley Council). Pada mulanya, Majlis ini telah menghadapi berbagai kesulitan khususnya semasa hendak memperjuangkan ke atas sesuatu isu bersama. Demi kebaikan dan kebajikan pekerja sector awam pada masa itu dan terkemudiannya, maka usaha-usaha patut diambil untuk menggalakkan semua kesatuan sector awam disusun di bawah satu badan persekutuan. Inilah yang telah menyebabkan kelulusan resolusi oleh Persidangan Perwakilan Ke Lima pada 24 April 1955 untuk menubuhkan suatu badan yang lebih berkesan iaitu CUEPACS. Di antara tujuannya ialah untuk menggalakkan semua kesatuan sekerja sector awam menyertai badan baru ini tanpa mengira jawatan atau gred perkhidmatan mereka.

    Selepas melalui banyak masalah dalam penyusunan dan menyatupadukan kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam serta memperjuangkan idea betapa pentingnya satu badan unggul maka, Kerajaan pada zaman kemerdekaan telah memberi restu. Akhirnya CUEPACS telah didaftarkan dibawah Enakmen Kesatuan Sekerja pada 23 Oktober 1957 iaitu beberapa bulan sahaja selepas Negara mencapai kemerdekaan. Konvensyen Pertama CUEPACS telah diadakan pada 6 September 1959. Ekoran penyusunan Pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja maka, CUEPACS telah didaftarkan semula pada 12 November 1960 di bawah Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 (No. Daftar : 195).

  • CUEPACS kekal sebagai pusat kebangsaan kesatuan sekerja unggul sektor awam.

  • Mengekalkan CUEPACS sebagai salah sebuah organisasi yang terbaik dan mampu memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam dengan berkesan secara berterusan dan menjadikan CUEPACS sebagai sumber rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin mengikut dasar kepimpinan berpengalaman (k-leadership).

  • 1. Membuat apa-apa yang perlu untuk menggalakkan kepentingan atau untuk kesempurnaan kerja-kerja semua atau mana-mana kesatuan sekerja gabungannya.

    2. Melindungi kepentingan kesatuan-kesatuan sekerja gabungan dan anggota-anggotanya.

    3. Berusaha memperbaiki keadaan-keadaan kerja misalnya pengambilan, masa kerja,kenaikan pangkat, tatatertib, keselamatan jawatan, gaji dan faedah – faedah persaraan anggota-anggota kesatuan sekerja gabungan.

    4. Mengatur perhubungan pekerja/majikan sepanjang yang mengenai perhubungan di antara kerajaan dengan mana-mana Kesatuan Anggota.

    5. Berusaha menubuhkan jentera yang dipersetujui di antara majikan dengan CUEPACS bagi maksud merunding dan membincangkan segala perkara mengenai kesatuan-kesatuan sekerja anggota dan anggotanya.

    6. Mengadakan faedah-faedah bagi anggota-anggota kesatuan sekerja anggota sebagaimana yang akan diputuskan oleh Konvensyen Kongres.

    7. Berusaha membantu (secara kewangan atau lain-lain) semua atau mana-mana kesatuan sekerja anggota dan anggota-anggotanya.

    8. Membantu mana-mana kesatuan sekerja anggota atau mana-mana anggotanya samada secara kewangan atau lain–lain untuk memperolehi apa-apa nasihat undang –undang tertakluk kepada perbekalan perbekalan dalam undang-undang Kesatuan Sekerja yang berkuatkuasa.

    9. Mengalakkan undang-undang mengenai kepentingan kesatuan-kesatuan anggota khasnya atau kesatuan-kesatuan sekerja amnya.

    10. Menjalankan, jika diputuskan oleh Konvesyen Kongres, kerja-kerja mengarang,mencetak,menerbit dan mengedarkan apa-apa akhbar,majalah,sari berita atau lain –lain persuratan bercetak untuk memajukan tujuan-tujuan CUEPACS atau mengalakkan kepentingan kesatuan-kesatuan anggotanya.

    11. Mengalakkan kebajikan material,sosial dan pelajaran kesatuan- kesatuan anggota dengan apa-apa cara yang sah dianggap patut oleh Konvensyen Kongres atau Majlis Kongres

    12. Amnya menjalankan segala tindakan dan usaha yang perlu untuk memajukan tujuan-tujuan tersebut diatas mengikut keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kongres dalam Konvensyen tiga tahun sekali atau Konvesyen Khas.

KELAB

pengenalan

ANULAE

The Amalgamated Nation Union Authorities Employees (ANULAE) atau Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan adalah sebuah Kesatuan Sekerja terunggul di Pihak Berkuasa Tempatan yang telah ditubuhkan pada 1hb. April 1963 dengan No.Pendaftaran 342. ANULAE bergabung dengan lebih 100 Kesatuan Sekerja Sektor Awam bagi membentuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah ditubuhkan pada 23hb. Oktober 1957. Tujuan CUEPACS ditubuhkan antaranya adalah untuk membaiki keadaan kerja seperti pengambilan, masa kerja, kenaikan pangkat, tatatertib, gaji, elaun dan lain-lain faedah persaraan anggota.

  • • Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja , masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan memberi nasihat serta bantuan mengenai perkara-perkara tersebut.

    • Mengatur perhubungan antara pihak majikan dan pekerja.

    • Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli.

    • Menganjurkan kursus, seminar dan dialog.

    • Meningkatkan kecekapan serta disiplin dikalangan ahli.

    • Mengembangkan kesedaran kepada ahli tentang kesedaran bertugas yang mengatasi rintangan sosial.

  • • Melaksanakan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Yang Berkualiti, Cekap Dan Berkesan.

    • Merancang Serta Melaksana Program Pendidikan Dan Pembelajaran Secara Berterusan.

    • Melaksanakan Usaha Bagi Menambah Bilangan Cawangan/Kawasan Serta Meningkatkan Bilangan Keahlian Kesatuan.

    • Memperkasa Hubungan Rakan Kongsi Bijak.

    • Menyelaras Serta Menyelenggara Kes Perkhidmatan Ahli Secara Lebih Berkesan

    • Meningkatkan Sumber Pembiayaan Kesatuan Termasuk Melaksanakan Perbelanjaan Secara Berhemah.

    • Mengekal Serta Meningkatkan Produk Kebajikan Untuk Ahli.

  • • Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam kumpulan Sokongan (MBK S&T)

    • Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Am dalam kumpulan Sokongan (MBK AM)

    • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

  • • Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan di peringkat Negeri

    • Penubuhan forum perundingan Majlis Bersama Negeri (MBN)

    • Penubuhan Majlis Bersama Jabatan-KPKT dengan ANULAE Semenanjung Malaysia

    • Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan

    • Penganjuran Konvensyen Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

    • Mempertahan serta mengekalkan keunggulan ANULAE sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bagi pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan

  • ANULAE Semenanjung Malaysia (Ibu Pejabat)

    1.Sumbangan Kematian

    Pihak Ibu Pejabat juga ada menyalurkan sumbangan kematian kepada waris ahli dan isteri/suami ahli yang meninggal dunia semasa lagi dalam perkhidmatan.

    2.Persaraan

    Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia juga menyumbangkan bagi faedah persaraan, dimana ahli perlu mengemukakan permohonan sebulan sebelum bersara, perkiraan sumbangan berdasarkan tempoh keahlian

    3.Dermasiswa

    Faedah ini akan diberi oleh pihak Ibu Pejabat.

    4.Pinjaman Penuntut

    Skim ini diberi oleh pihak ibu pejabat kepada setiap anak ahli yang bersekolah untuk menampung sebahagian perbelanjaan . Skim ini hanya layak diberi kepada ahli yang telah menjadi ahli tidak kurang dari 3 tahun.

    5.Pinjaman Pengajian Tinggi

    Ibu Pejabat ANULAE Semenanjung Malaysia juga menyediakan pembiayaan ini bagi membantu anak-anak ahli yang dapat memasuki Institusi Pengajian Tinggi.

  • FAEDAH-FAEDAH KEBAJIKAN (DI BAYAR OLEH IBU PEJABAT ANULAE)

    1.SAGUHATI PERSARAAN

    03 - 05 Tahun - RM 60.00

    05 - 10 Tahun - RM 85.00

    10 - 12 Tahun - RM 110.00

    12 - 14 Tahun - RM 135.00

    14 - 16 Tahun - RM 160.00

    16 - 18 Tahun - RM 185.00

    18 - 20 Tahun - RM 210.00

    20 - 22 Tahun - RM 235.00

    22 - 24 Tahun - RM 260.00

    24 - 26 Tahun - RM 310.00

    26 - 28 Tahun - RM 360.00

    28 - 30 Tahun - RM 410.00

    30 Tahun ke atas - RM 460.00

    2.KHAIRAT KEMATIAN

    Kurang dari 5 Tahun - RM 175.00

    05 - 10 Tahun - RM 245.00

    10 - 12 Tahun - RM 375.00

    12 - 14 Tahun - RM 450.00

    14 - 16 Tahun - RM 500.00

    16 - 18 Tahun - RM 550.00

    18 - 20 Tahun - RM 600.00

    20 - 22 Tahun - RM 650.00

    22 - 24 Tahun - RM 700.00

    24 - 26 Tahun - RM 750.00

    26 - 28 Tahun - RM 800.00

    28 - 30 Tahun - RM 850.00

    30 Tahun ke atas - RM 1000.00

    3.KEMATIAN ISTERI/SUAMI AHLI - RM 100.00

    4.DERMASISWA

    UPSR

    Kecemerlangan Minima 5A diberi sebanyak RM 50.00

    PT3

    Kecemerlangan Minima 5A diberi sebanyak RM 150.00

    SPM

    Kecemerlangan Minima 6A diberi sebanyak RM 200.00

    STPM

    Kecemerlangan Minima 3P diberi sebanyak RM 250.00

    PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI

    Skim Diploma - RM 500.00

    Skim Ijazah - RM 1000.00

  • ANULAE telah bergabung dengan CUEPACS bertujuan untuk bersama-sama menangani masalah dan isu perkhidmatan ahli-ahli Kesatuan khususnya dan kaum pekerja sektor awam amnya. Beberapa isu dan masalah ahli dan kaum pekerja sektor awam ini telah dibawa ke forum-forum perundingan seperti:-

    • Majlis Bersama Kebangsaan (MBK)

    • Majlis Bersama Jabatan (MBJ) (3 bulan sekali)

    • Persidangan Perwakilan Tri- Tahunan

    • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

    • Mesyuarat Jawatankuasa Agung (EXCO)) (3 bulan sekali)

    • Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan (3 bulan sekali)

    • Mesyuarat Perunding Perbandaran dan Majlis Daerah

AIAR © 2018 MPPD | JabatanTeknologi Maklumat